
Memandangkan aku baru bermula tahun ni tulis blog jadik..aku nak cerita ler pasal hari raya tahun lepas....ni pasal aku nyer family gathering MASSUPI 2008 kat Hotel Impiana Morib.Tahun ni kitorang excited skit pasal kitaorang nak buat happening dan lain dari tahun sebelumnyer...kitorang yang ahli jawatan kuasa MASSUPI telah melaksanakan tugas untuk mencari lokasi yang best untuk buat makan malam sempena Hari Raya tahun 2008....so! pikir nyer pikir dan tengok pada budget....kitorang pun pilih la Hotel Morib sebagai satu permulaan untuk buat lain dari tahun-tahun yang sebelumnyer...tahun sebelum-sebelumnyer kitorang buat kat umah pusaka jer...rumah asal Datuk dan Nenek kami iaitu arwah Hj.Abdul Munir dan Hjh. Supi.(Al-fatihah) seronoknyer tahun ni boleh dikatakan semua ada...dan majlis yang diadakan meriah betul...siap ada persembahan lagu -lagu klasik lagi...siok! untuk mak dan abah serta pakcik makcik mesti teringat zaman-zaman dolu kan....hehehehe....tapi memang best ...aku nampak wajah -wajah riang otai-otai MASUPI dan keriuhan anak-anak malam tu..siap ada pakaian beragam lagi you....comel betul budak-budak tu...majlis bermula seawal jam 8.30 malam dan berakhir jam 11.00 malam.Sebelum berpisah kami sempat mengambil gambar kenangan dan selepas itu kami semua menyaksikan pertunjukkan bunga api...wow!meriah betul...
Ni ada la gambo aku ngan adik beradik aku,hubby dan sepupu.......